Farewell My Friend



Phieww. Tiup tiup habuk. Well almost berbulan tak update-ing blog ni. Dushhh rindu.

Baca tajuk tak? Tajuk paling super-duper-tak-best of the year. Dude. Siapa sukakan PERPISAHAN? Tapi, apakan daya. Lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mesti akan tiba jugak satu saat dimana hang terpaksa lepaskan sesuatu atau seseorang yang hang sayang. Dan. Saat tuh telah tiba buat aku. Telah tiba. Dan bakal tiba. Shit. Mata aku 'berpeluh'. So yaa. Kehadiran aku kat sini secara mengejut-tanpa-dijemput ni adalah untuk meng-flashback kembali zaman zaman lampau. Zaman dimana masing masing sedang mencipta imaginasi sendiri. Angan angan tersendiri. "Bila dah besaq aku nak jadi cikgu. Nanti hang hantaq laa anak hang mai sekolah aku tau." "Nanti aku nak jadi doktorlah bila dh besar. Rajin rajinla datang klinik aku. Aku bagi rawatan percuma dekat hang." Walaupun impian untuk jadi doktor, cikgu, engineer dan etc etc masih belum dicapai mahupun tercapai. Tapi sedar tak sedar sebenarnya ada sesuatu dalam ungkapan kita tuh yang telah pun kita capai. "BILA DAH BESAR" Yaaaa memang dah besar. Walaupun tak besar mana tapi kira besar latuh dah tak duduk alam persekolahan. Benci betul cakap pasal sekolah.
Okay. Cena nak start. Lah baru nak start rupanya. Hahahahahahaha. Hmm okay gini. Well. Lepas ni batch 1996 semua pakat nak bawak haluan masing masing kan? Sorang pergi Matrik. Sorang pergi IPTA. Sorang pergi IPTS. Sorang dapat Poli. Sorang masuk Form 6. Aku? Alhamdulillah. Akan ke Universiti Malaysia Perlis 8 Jun ni. UniMap, mohon manja dengan saya. Hihi. Okay mata hampir berpeluh.
Sekejap je kan masa berlalu? Rasa macam tengah duduk dalam dewan je sekarang ni. Tengah orientasi Tingkatan 1. Tengah belajar lagu Highschool yang serba western tuh. Hihi. Masing masing pakat 'nerdy' masa tuh. Mana taknya. Yang lelaki seluar sampai atas perut. Beg kemain besar ha. Hahahahahaha. Yang perempuan lipat tudung bukan main tinggi. Siap bubuh kertas keras dalam tudung semata mata ak bagi tudung elok. Hahaahaha. Okay. Aku rasa aku sorang ja buat perangai lagutuh. *sigh*

Naik form 3. Aceh konon dah bajet bajet besar. Konon konon dah matang. Time nilah saat dimana aku baru nak kenal dunia. Zaman nilah zaman nak 'up'. Hahahaha. Semua benda nak ikut trend. Ceh. Kenapa aku rasa aku sorang jaa buat benda mengarut ni. Haih. Biasalah. Masa tuh baru nak 'up'. Maafkan semua perangai mengarut dan jahil aku masa tuh.

Naik form 5 haaa ni bukan zaman bajet bajet besar. Tapi memang besar pun walaupun hakikatnya junior lagi tinggi dari aku. Okay sedih. Biasalah. Senior year. Walaupun ada form 6 dimana mereka lebih senior dari kita tapi ... Kita lagi lama dari diorang. Mih mih mih. Konon konon bila lalu depan junior, kitalah paling 'matang'. Hakikatnyaaaaa. Hmm. Siapalah yang suka pegang penyapu belakang kelas acah acah macam main gitar. Siapalah yang suka pegang penyodok then nyanyi acah acah macam microphone. Siapalah yang suka amik botol Iskandar then tepuk tepuk sambil nyanyi and bobokkn botol tuh acah acah macam tengah dodoikan baby. Hoi! Aku tak pernah sangka aku ada perangai seteruk tuh. Kena ubah ni. KENA.

Dulu masa dekat sekolah selalu cakap. 
"Bilalah nak habis sekolah ni."

Dah habis sekolah sibuk cakap.
"Aku nak balik sekolah balikkkkk!"

Kalaulah aku tau kehidupan selepas alam persekolahan ni tak best sebenarnya. Aku takkan sekali kali kali kali kali kali cakap aku nak sekolah habis dengan cepatnya. 5 tahun memang nampak lama. Bila dah laluinya. Macam baru 5 minit tadi aku masuk Form 1. Hiperbola melampau.

Hish. Kalau ikutkan hati ni nak tulis macam macam. Dalam otak ni ha. Banyak. Banyak sangat benda duk lalu lalang suruh tulis dalam entry kalini. Sampai taktau nak tulis mana satu. Cuma. Aku taktau camna nak luahkan. Taktau nak tulis apa. Taktau nak tulis macam mana. Semua benda taktau laa katako.

So aku amik keputusan untuk tamatkan semua ni dekat sini. Buat budak budak Matrik yang bakal daftar 25 haribulan ni. Aku wish goodluck! Semoga hampa terus success dalam apa jua benda atau bidang yang hampa ceburi. Budak budak IPTA/IPTS ,aku taktau actually tarikh hampa nak daftar U memasing. Tapi aku nak advance wish kat hampa Goodluck jugak. Semoga berjaya kat luar sana. Semoga berjaya capai/gapai impian hampa. InshaAllah. Buat kawan kawan yang masuk Form 6. Haa ni nak pesan. Tolong tepis-tempias segala kata kata nista orang ramai tentang Form 6. Orang kata Form 6 tak bagus? Say whut?! Nah. Ramai jaa budak budak lepasan U yang masih menjadi pengaggur terhormat sampai harini. Ada Degree tuh. Bukan calang calang. Ingat. Rezeki Allah luas. Mana mana pun ada. Percaya dengan ketentuan Allah. Ikut jaa flow yang telah Allah takdirkan. Doa. Usaha. Tawakal. Buktikan awak awak yang masuk Form 6 boleh lebih berjaya dari budak budak U okay? Mana tahu dapat 4 Flat dalam STPM. Then rezeki awak ke luar negara? InshaAllah.

Jadi sebelum tamat entry ni. Aku kat sini nak mintak maaf dari hujung rambut. Sampailah ke hujung kuku kaki aku ni haa. Maafkan segala kekhilafan. Kejahilan. Kekurangan yang ada dalam diri ini. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab sudi melengkapi kekurangan diri ini sekaligus menjadikan aku rasa cukup. Mustahil untuk perfect. Tapi rasa lengkap tuh ada. Sebab masing masing melengkapi diri masing masing. Terima kasih. Mohon halalkn segala makan minum aku sekiranya ada dikalangan hampa telah membelanjai diri ini. Hahaaa ayat aku. So. Sini je kud. Semoga Allah panjangkn umur kita BATCH 96 HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM supaya boleh berjumpa lagi masa akan datang. Doakan saya. Maafkan saya. Byeeee. Assalamulaikum.

Love , Nur Syazwani Binti Shari

Farewell My Friend.

Suka ? Jomm LIKE :) Thank si cantik dan si kacak !

"Nanak FAKE RELAY sorang ?" Pfffftts :/


Holla hollie cikedut cikedut ! Jawab salam dulu ^^ So yaa . Bosan menghabiskan sisa hidup dihadapan telebisen . Amik phone then on facebook . Gahh heaven gila hidup membesarkan perut nie . Pffft :/ Muahaha .

Bukak facebook scroll down scroll down scroll down . Then jumpa satu hamba Allah punya status .

" Nanak fake relay sorang boleh ? "
Then aku macam hmm no komen . To be honest aku dah jumpa banyak kali dah pun status mintak fake relay macam nie . Tapi apakan daya aku hanya mampu melihat tanpa berkata . Tetiba harini rajin pulak nak up balik issue nie . Hmm .

Sejujurnya , aku tak paham mende tuh. FAKE RELAY . Hubungan palsu ? Best ke ? Kenal tidak . Entah dari hulu mana entah datang . Tiba tiba buat relay . Bila orang tanya , "weii boyfie/girlfie baru ke ?" Then hampa cakap , "tak ah . Fake relay jee tuh?" And i was like , motip ? Kalau bukan boyfie/girlfie , then kenapa buat relay dekat facebook . Macam mana sebenarnya hubungan hampa in real life . Couple ? Married ? Eh ? Apa sebenarnya function "FAKE RELAY" nie sebenarnya ? Gilaa banyak soalan aku tanya . HAHAHAHAHA . Tak , aku konfius . Itu jaa masalah aku .

Okay maybe ad orang yang akan , "alah macam hang baik sangat . Sesuci embun mana sangat hang nie yang sampai tak pernah buat relay bagai ." Or maybe ada setengah pulak yang akan "hidup kami , relay kami tak kacau hidup hang kan?" Perghh . HAHAHAHAHAHA . Yaya , maafkan aku . Aku pun manusia biasa yang buat salah . Naif . Jahil . Semua yang buruk tuh datang dari aku sendiri .  Kalau ad benda yang baik dari diri aku , tu semua datang dari Allah . Allahuakbar . Opinion aku , aku rasa tak perlu kud nak berfake relay semua nie . Macam senang ja hidup nie kan kalau main fake relay nie ? Macam takdak harga apa tuh makna persahabatan , perhubungan , perkahwinan dan etc etc . Macam lagu "kau datang dan pergi sesuka hatimuu . Woooo" sadis gila aku nyanyi . HAHAHAHA . Perkataan 'relationship' tuh sendiri hilang harga dia bila tambah perkataan 'fake' dekat depan . Entah . Tu dari pandangan aku lahh . Biasalah . Kita semua rambut sama hitam kan ? Hati akal pemikiran semua lain lain ^^ kecuali bagi depa yang beruban or dye rambut . Itu tak termasuklah . Haha . Okay tak lawak . Btw uban tuh kan benda baik ^^ cuba baca bawah nie .

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Jadi jangan jangan laa cabut uban yaa ^^ Tak rugi satu sen pun . Eh , lari dari topik asal dah kenapa . Okay okay . Off topic . Sekadar berkongsi pandangan diri yang serba kekurangan nie . Andai kata ada salah dan silap yang telah dilakukan oleh diri ini , tegur dengan berhemah :) Aku terima segala pandangan orang lain jugak . Mohon maafkan diri ini yaa . Ohya , doakan aku mudah mudahan dapat yang terbaik untuk result SPM nak keluar nie . Terima kasih :) Allah jaa mampu balas jasa hampa . Selamat petang alam . Aku sayang hampa kerana Allah . Byee . Assalamualaikum .

p/s :  13 hari lagi . Gahhhhh .
p/s/s : maafkan penggunaan "aku" kepada yang lebih tua ^^ terbiasa guna "aku" pulak dah -_-'
Suka ? Jomm LIKE :) Thank si cantik dan si kacak !

PLKN PANGGILAN KETIGA ! BELAJAR MEMANDU ! RESULT SPM ! MUAHAHAHAH


Holla peep . Jangan lupa jawab salam yaa ^^ Fuhh fuhh *tiup habuk* Ya Allah , lama jugak aku tak bukak bloggie pinkie cikebum cikebum aku ni haa . Rinduuuuu *cium cium screen* HAHA . Okay enough enough . Menggedik pulak malam nie . Biasala , berbulan tak online , ginilah gayanya . Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan kepada diri ini untuk terus hidup sampai harini . Dan Alhamdulillah , Allah kurniakan kesihatan yang baik dekat aku sampai harini . Demam batuk sikit sikit nuh adalah . Biasalah dengan cuaca yang serba panas sekarang . Allah . . Kuatkanlah hati hamba hamba mu Ya Allah menghadapi cuaca yang tak menentu nie . Doakan doakanlah mudah mudahan hujan turun dalam masa terdekat yaa . Aminn .

Ohyaaa ! Baca title cepat . Baca title cepat . Yaaaa ! Aku tak dapat panggilan kedua . Muehehe . Okay to be honest , masa dapat pemilihan harituh , rasa excited memang tak terhingga laa . Tapi lepas tak dapat panggilan pertama . Memang terus rasa malas campur frust laa nak pergi for next call . So bila dapat panggilan ketiga hemm not bad . Seronok pun tak , sedih sangat pun tak . Sebab aku dah cukup sedih masa tak dapat panggilan pertama harituh . Muahaha . Lagipun kan , aku rasa percaturan Allah terlalu hebat sampai kadang kadang aku sendiri pun takleh tafsir . Before keluar result PLKN harituh pun aku dah terfikir . Aku kan tengah belajar memandu . So aku taknakla kalau aku dapat PLKN kumpulan kedua , nak kena pergi PLKN then aku kena tunggu balik rumah baru start belajar memandu balik . Dahtuh , tengok tengok kena pergi sambung belajar pulak . Bila masa pulak aku nak belajar memandu ?!! Bila dapat PLKN kumpulan ketiga , Alhamdulillah . Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buat hamba dia :')

*klik untuk tumbesaran*

So , buat masa sekarang nie , aku belajar masak ! Ohyeahhh . HAHAHAHAHAHAHAHAH *okay stop stop jangan gelak* Yaya , aku tengah belajar masak dengan mama . Tiap tiap hari kena bebel . Potong bawang kemana , potong ikan kemana , mama suruh bubuh garam aku bubuh ajinamoto . Mama pun kenapa pergi letak ajinamoto dengan garam dalam bekas yang sama bentuk and warna . Memang susah la nak cam . Grrrrrr . HAHA . Aku yang benak , mama pulak disalahkan . Jadi doa doakanla mudah mudahan aku boleh memasak dengan berjaya dan paling penting sekali SEDAP . HAHA . So , selama 3 bulan aku dekat rumah nie , itu jelah yang aku buat setiap hari . Kalau bukan sekarang , bila lagi yedak ? Dah kahwin baru nak belajar masak ? Memang suami aku lari la weii . HAHAHAHAH . 

Hah ! Hah ! Memandangkan dah lama gila aku tak bukak blog so banyak sangat benda aku nak share nie haa . Dengar cerita tak lagi ? Result SPM bila keluar ? GAAAAAAAHHHHHH ! 

20 MARCH 2014

Aku takut gerun nerbess semua benda ada . Walaupun aku cuba buat buat sibuk . Hakikatnya dalam kepala otak nie , duk countdown untuk sampai ke tarikh tuh . Damnnnnnnnn . Aku takut sangat . Takut tak dapat buat yang terbaik untuk mama and abah . Takut hampakan mama and abah . Banyak sangat jasa depa membesarkan aku . Nak buat macam mana . Aku dah usaha buat yang terbaik sehabis mungkin . Sekarang nie , hanya mampu berdoa and berdoa lepastuh tawakal jelah dengan apa jua keputusan . Hmm , menaip memang senang wanie oii . Tapi hakikatnya . . Allah lebih tau hati ni kemana , jiwa nie kemana , otak nie kemana , jasad nie kat mana . Hmm . So , aku mintak hampa semua doa doakan mudah mudahan diri ini mampu berikan yang terbaik buat mama and abah . Doakan wanie dapat apa yang wanie nak yaa ? InshaAllah , doa wanie pun mengiringi budak budak 96 yang lain mudah mudahan kita semua dapat keputusan yang terbaik . Aminnn . Jangan risau , Allah sentiasa bersama kita ^^ Banyakkan berdoa , mudah mudahan diperkenankan . Janganlah masa sekarang jee cari Allah , tapi dah dapat result bagus bagus terus lupa dekat Allah . Allahurabbi . Jauhkanlah sifat tuh dari diri kita nah . Pesanan nie , buat diri wanie jugak yang serba kekurangan naif dan jahil nie . 

So , nampak gaya sampai sini jelah kud wanie potpet . Ikutkan , banyak lagi benda nak share . Tapi apakan daya , masa cemburu sangat dengan aku nie haa . Hihi . Doakan semoga dipanjangkan umur diri ini , so lepas nie boleh aku update banyak lagi cerita dekat bloggie nie . Almaklumlah , dah lama tak update . Ingat nak active balik sebab nak tambahkan income . Hehe . Nanti duit wanie banyak , wanie belanjalah hampa . Jangan risau jangan risau . So yaa . Semoga hampa yang baca nie sentiasa berada dalam lindungan Allah . Jaga diri . Selamat malam alam . Aku sayang hampa kerana Allah . Assalamualaikum ^^

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, berikanlah aku kesempatan waktu untuk bermohon kepadaMu. Anugerahkan aku kejayaan dalam SPM kali ini Ya Allah. Anugerakanlah kejayaan kepada semua teman temanku. Jangan ada di antara kami yang sedih sendirian & juga kepadaku, Andai telah tertulis di Luh Mahfuz akan kegagalanku maka ubahlah menjadi kejayaan. Engkau Maha Agung, Mudah mudahan keputusan yang baik untuk semua subjek menjadi milik untuk kami. Aamin. Sebarkan doa ini, mungkin ada antara kita yang doanya dimakbulkan. In Shaa Allah :') 

Suka ? Jomm LIKE :) Thank si cantik dan si kacak !

 
Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Hak Milik Si Gadis Pink