Farewell My Friend



Phieww. Tiup tiup habuk. Well almost berbulan tak update-ing blog ni. Dushhh rindu.

Baca tajuk tak? Tajuk paling super-duper-tak-best of the year. Dude. Siapa sukakan PERPISAHAN? Tapi, apakan daya. Lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Mesti akan tiba jugak satu saat dimana hang terpaksa lepaskan sesuatu atau seseorang yang hang sayang. Dan. Saat tuh telah tiba buat aku. Telah tiba. Dan bakal tiba. Shit. Mata aku 'berpeluh'. So yaa. Kehadiran aku kat sini secara mengejut-tanpa-dijemput ni adalah untuk meng-flashback kembali zaman zaman lampau. Zaman dimana masing masing sedang mencipta imaginasi sendiri. Angan angan tersendiri. "Bila dah besaq aku nak jadi cikgu. Nanti hang hantaq laa anak hang mai sekolah aku tau." "Nanti aku nak jadi doktorlah bila dh besar. Rajin rajinla datang klinik aku. Aku bagi rawatan percuma dekat hang." Walaupun impian untuk jadi doktor, cikgu, engineer dan etc etc masih belum dicapai mahupun tercapai. Tapi sedar tak sedar sebenarnya ada sesuatu dalam ungkapan kita tuh yang telah pun kita capai. "BILA DAH BESAR" Yaaaa memang dah besar. Walaupun tak besar mana tapi kira besar latuh dah tak duduk alam persekolahan. Benci betul cakap pasal sekolah.
Okay. Cena nak start. Lah baru nak start rupanya. Hahahahahahaha. Hmm okay gini. Well. Lepas ni batch 1996 semua pakat nak bawak haluan masing masing kan? Sorang pergi Matrik. Sorang pergi IPTA. Sorang pergi IPTS. Sorang dapat Poli. Sorang masuk Form 6. Aku? Alhamdulillah. Akan ke Universiti Malaysia Perlis 8 Jun ni. UniMap, mohon manja dengan saya. Hihi. Okay mata hampir berpeluh.
Sekejap je kan masa berlalu? Rasa macam tengah duduk dalam dewan je sekarang ni. Tengah orientasi Tingkatan 1. Tengah belajar lagu Highschool yang serba western tuh. Hihi. Masing masing pakat 'nerdy' masa tuh. Mana taknya. Yang lelaki seluar sampai atas perut. Beg kemain besar ha. Hahahahahaha. Yang perempuan lipat tudung bukan main tinggi. Siap bubuh kertas keras dalam tudung semata mata ak bagi tudung elok. Hahaahaha. Okay. Aku rasa aku sorang ja buat perangai lagutuh. *sigh*

Naik form 3. Aceh konon dah bajet bajet besar. Konon konon dah matang. Time nilah saat dimana aku baru nak kenal dunia. Zaman nilah zaman nak 'up'. Hahahaha. Semua benda nak ikut trend. Ceh. Kenapa aku rasa aku sorang jaa buat benda mengarut ni. Haih. Biasalah. Masa tuh baru nak 'up'. Maafkan semua perangai mengarut dan jahil aku masa tuh.

Naik form 5 haaa ni bukan zaman bajet bajet besar. Tapi memang besar pun walaupun hakikatnya junior lagi tinggi dari aku. Okay sedih. Biasalah. Senior year. Walaupun ada form 6 dimana mereka lebih senior dari kita tapi ... Kita lagi lama dari diorang. Mih mih mih. Konon konon bila lalu depan junior, kitalah paling 'matang'. Hakikatnyaaaaa. Hmm. Siapalah yang suka pegang penyapu belakang kelas acah acah macam main gitar. Siapalah yang suka pegang penyodok then nyanyi acah acah macam microphone. Siapalah yang suka amik botol Iskandar then tepuk tepuk sambil nyanyi and bobokkn botol tuh acah acah macam tengah dodoikan baby. Hoi! Aku tak pernah sangka aku ada perangai seteruk tuh. Kena ubah ni. KENA.

Dulu masa dekat sekolah selalu cakap. 
"Bilalah nak habis sekolah ni."

Dah habis sekolah sibuk cakap.
"Aku nak balik sekolah balikkkkk!"

Kalaulah aku tau kehidupan selepas alam persekolahan ni tak best sebenarnya. Aku takkan sekali kali kali kali kali kali cakap aku nak sekolah habis dengan cepatnya. 5 tahun memang nampak lama. Bila dah laluinya. Macam baru 5 minit tadi aku masuk Form 1. Hiperbola melampau.

Hish. Kalau ikutkan hati ni nak tulis macam macam. Dalam otak ni ha. Banyak. Banyak sangat benda duk lalu lalang suruh tulis dalam entry kalini. Sampai taktau nak tulis mana satu. Cuma. Aku taktau camna nak luahkan. Taktau nak tulis apa. Taktau nak tulis macam mana. Semua benda taktau laa katako.

So aku amik keputusan untuk tamatkan semua ni dekat sini. Buat budak budak Matrik yang bakal daftar 25 haribulan ni. Aku wish goodluck! Semoga hampa terus success dalam apa jua benda atau bidang yang hampa ceburi. Budak budak IPTA/IPTS ,aku taktau actually tarikh hampa nak daftar U memasing. Tapi aku nak advance wish kat hampa Goodluck jugak. Semoga berjaya kat luar sana. Semoga berjaya capai/gapai impian hampa. InshaAllah. Buat kawan kawan yang masuk Form 6. Haa ni nak pesan. Tolong tepis-tempias segala kata kata nista orang ramai tentang Form 6. Orang kata Form 6 tak bagus? Say whut?! Nah. Ramai jaa budak budak lepasan U yang masih menjadi pengaggur terhormat sampai harini. Ada Degree tuh. Bukan calang calang. Ingat. Rezeki Allah luas. Mana mana pun ada. Percaya dengan ketentuan Allah. Ikut jaa flow yang telah Allah takdirkan. Doa. Usaha. Tawakal. Buktikan awak awak yang masuk Form 6 boleh lebih berjaya dari budak budak U okay? Mana tahu dapat 4 Flat dalam STPM. Then rezeki awak ke luar negara? InshaAllah.

Jadi sebelum tamat entry ni. Aku kat sini nak mintak maaf dari hujung rambut. Sampailah ke hujung kuku kaki aku ni haa. Maafkan segala kekhilafan. Kejahilan. Kekurangan yang ada dalam diri ini. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab sudi melengkapi kekurangan diri ini sekaligus menjadikan aku rasa cukup. Mustahil untuk perfect. Tapi rasa lengkap tuh ada. Sebab masing masing melengkapi diri masing masing. Terima kasih. Mohon halalkn segala makan minum aku sekiranya ada dikalangan hampa telah membelanjai diri ini. Hahaaa ayat aku. So. Sini je kud. Semoga Allah panjangkn umur kita BATCH 96 HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM supaya boleh berjumpa lagi masa akan datang. Doakan saya. Maafkan saya. Byeeee. Assalamulaikum.

Love , Nur Syazwani Binti Shari

Farewell My Friend.

Suka ? Jomm LIKE :) Thank si cantik dan si kacak !

3 comments:

  1. wani....................................................................................................... rindu hang....................................................................... hmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kinnnnnnn aku pun rinduuu hanggg :'(

      Delete
  2. Wanie~~~~~~
    Rindunya hg...
    Tahniah dpt UniMAP~ Semoga hg dpt result gempak, insyaAllah....

    ReplyDelete

Hai sayang sayang Wani semua !
Jangan lupa tinggal komen okeyh ?
Kbai :)

 
Segala Yang Tercatat Di Atas Adalah Hak Milik Si Gadis Pink